Kajian ini bertujuan untuk menentukan aras efikasi guru dalam kalangan guru-guru novis yang mengajar di 21 buah sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Di samping itu, perbezaan efi kasi guru mengikut jantina, jenis latihan guru dan subjek pengajaran juga dikaji. Data dikumpul menggunakan “Teacher Sense of Effi cacy Scale” daripada 176 guru novis di 21 buah sekolah. Dapatan menunjukkan min efi kasi guru novis berada pada aras sederhana tinggi, dengan lebih memberi tumpuan terhadap pengurusan kelas. Dapatan menunjukkan efi kasi guru adalah berbeza secara signifi kan mengikut jantina, jenis latihan guru dan subjek pengajaran. Jenis latihan guru didapati lebih utama dalam menyumbang perbezaan ke atas efi kasi guru berbanding jantina dan subjek pengajaran. Kajian ini mencadangkan agar guru-guru novis diberi ruang yang lebih luas dalam meningkatkan tahap profesionalisme guru.