Artikel ini membincangkan teori skema dan kesan penggunaan model skema dalam pengajaran cerpen (KOMSAS) Bahasa Melayu. Pengkaji-pengkaji teori skema menegaskan skema atau pengetahuan latar dapat membantu meningkatkan kefahaman bacaan pelajar. Suatu kajian kuasi eksperimen telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan model skema terhadap pencapaian kefahaman pelajar dan minat pelajar terhadap cerpen (KOMSAS). Dapatan kajian tersebut menunjukkan pengajaran dengan menggunakan model skema dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan bagi soalan tentang persoalan, soalan tentang perwatakan, soalan tentang latar masyarakat dan soalan tentang gaya bahasa berbanding dengan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Selain itu, didapati minat pelajar terhadap cerpen turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan model skema.
See how this article has been cited at scite.ai
scite shows how a scientific paper has been cited by providing the context of the citation, a classification describing whether it supports, mentions, or contrasts the cited claim, and a label indicating in which section the citation was made.