47
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      PRINSIP KEADILAN ASASI DALAM UNDANG-UNDANG BERKAITAN PROSEDUR PERBICARAAN TATATERTIB DI JABATAN POLIS: SUATU ANALISA

      1 , 1 , 1
      UUM Journal of Legal Studies
      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya yang bertindak secara kehakiman, termasuklah tribunal-tribunal dan juga mana-mana Lembaga Tatatertib Jabatan. Tiada sebarang definisi atau penjelasan yang khusus mengenai prinsip keadilan asasi di dalam mana-mana akta atau peraturan yang melibatkan prosedur tatatertib penjawat awam, tetapi prinsip ini diguna pakai dengan meluas dan merupakan syarat bagi menjamin prosedur perbicaraan adil dalam setiap perbicaraan. Pematuhan terhadap prinsip keadilan asasi ini amat penting dan sebarang perlanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut boleh dirujuk di mahkamah untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil. Justeru, artikel ini akan melihat apakah peruntukan-peruntukan mengenai prinsip keadilan asasi yang terdapat di dalam undang-undang yang berkaitan dengan prosedur perbicaraan tatatertib di jabatan polis. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah sejauhmana peruntukan-peruntukkan tersebut terpakai dan juga mengenai kekangan dalam pelaksanaan prinsip tersebut. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kajian perpustakaan berpandukan kepada analisa undang-undang terhadap akta-akta, peraturan-peraturan dan kes undang-undang yang terpakai ke atas Jabatan Polis. Diharap perbincangan dalam artikel ini dapat membantu memantapkan lagi undang-undang mengenai pengurusan tatatertib yang terpakai sekarang khususnya di jabatan polis bagi menjamin agar setiap pegawai yang dituduh berpeluang mendapat satu perbicaraan yang adil dan saksama.

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          UUM Journal of Legal Studies
          UUM Press
          December 01 2012
          : 3
          : 145-163
          Affiliations
          [1 ]Universiti Utara Malaysia
          Article
          10.32890/uumjls.3.2012.4552
          949718e0-36f5-4ca2-b4b4-75058800a515

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Labor law,International & Comparative law,History, Philosophy & Sociology of law,Civil law,General law,Law

          Comments

          Comment on this article