ABSTRAK Aspek liabiliti dan pemberian pampasan ganti rugi merupakan perkara utama dalam membincangkan isu kesalahan kecuaian di dalam kes kemalangan jalan raya. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa konsep liabiliti dalam kemalangan jalan raya menurut perundangan Islam dengan memfokuskan kepada kesalahan kecuaian dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dhaman atau denda ganti rugi dalam kajian ini akan menekankan prinsip khusus dan pendekatan ke atas aspek perlanggaran di jalan raya di dalam perundangan Islam. Kajian perpustakaan digunakan untuk liabiliti di dalam kes-kes perlanggaran berteraskan Al¬Quran, sunnah, ijma’ dan qiyas. Seterusnya ia menghubungkaitkan pemakaian konsep ini dengan kesalahan kecuaian menyebabkan perlanggaran di dalam kemalangan jalan raya. Dapatan kajian menunjukkan prinsip ‘penyebab’ dalam perundangan Islam amat jelas pemakaian dan perkaitannya di dalam menentukan liabiliti sama ada kes perlanggaran berlaku di daratan, lautan atau di ruang udara. Konsep liabiliti turut terpakai bagi menentukan tanggungan kecuaian dan pemberian pampasan ganti rugi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam membina struktur jalan, jambatan, terowong dan lain-lain. Konsep ini juga berhubung dengan jalan raya sekiranya tanggungan bukan pada pemandu yang tidak bersalah dan tidak cuai. ABSTRACT The aspects of liability and compensation have been key points when discussing the issue of negligence in road traffic accidents. This article aims to analyze the concept of liability in road accidents, in accordance to Islamic law, that focuses on negligence by using a qualitative approach. The application of ‘dhaman’ or the compensation of damages, is a broad concept that will be examined in this study. Furthermore, this study will review the specific principles and approaches on collisions of road traffic within the Islamic law. The methodology carried out employs the use of library study to analyze the concept of liability in cases of collisions, based on the Al-Quran, sunnah, ijma’ and qiyas with regards to the application of ‘dhaman’ on the negligence that have resulted in collisions from road accidents. The research outcome suggests that the ‘causal’ principle in Islamic law is very clear on its application and relevance in determining the liability of either a case of collision that has occurred on the road, ocean or in air. The concept of liability is also applied to determine the liability of negligence and awarded compensation by the parties that are involved in constructing the roads, bridges, tunnels and other structures that are associated with the road, if the liability does not fall upon the innocent and negligent drivers.