41
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Memimpin Pengambilalihan Perniagaan Keluarga: Kaedah, Masalah dan Cara Mengatasinya (Leading a Family Business Acquisition: Methods, Problems and How to Handle Them)

      1 , ,
      International Journal of Management Studies
      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu 1) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, 2) untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, dan 3) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti bagi mengatasi masalah dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes. Teknik temu bual digunakan untuk pengutipan data. Responden kajian terdiri daripada lima unit perniagaan keluarga yang beroperasi di utara Malaysia. Protokol temu bual secara berstruktur dibangunkan untuk menerokai maklumat berkaitan dengan ketiga-tiga objektif di atas. Kajian ini mendapati kaedah yang digunakan dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga ialah penerusan gaya memimpin perniagaan daripada pengasas, penggunaan mentor atau penasihat, perbincangan ahli keluarga dan peranan orang berpengaruh. Masalah yang dihadapi oleh pengganti pula adalah dari segi ketidakpuasan kepimpinan dalam kalangan ahli keluarga kerana faktor umur pengganti yang muda berbanding dengan ahli keluarga lain. Kaedah memimpin yang digunakan oleh pengganti untuk mengatasi masalah tersebut ialah bersikap mengalah dalam mengurus perniagaan keluarga yang akhirnya kepimpinan pengganti diterima oleh ahli keluarga. Implikasi kajian ini adalah untuk memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, pengasas dan pengganti perlu memahami pelbagai kaedah dalam memimpin perniagaan keluarga. Pengganti juga perlu mengetahui kaedah yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga serta cara menjalankan pengurusan secara profesional untuk membolehkan perniagaan keluarga berfungsi secara berkesan.   Kata kunci: Perniagaan keluarga, Pengambilalihan perniagaan keluarga, Pengasas perniagaan keluarga, Pengganti perniagaan keluarga.

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          International Journal of Management Studies
          UUM Press
          December 13 2017
          : 25
          : 61-82
          Affiliations
          [1 ]School of Business Management UUM College of Business Universiti Utara Malaysia
          Article
          10.32890/ijms.25.1.2018.10491
          5c04ec48-db9e-4b65-98df-4cbc1672330e

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Education & Public policy,Educational research & Statistics,Management,International economics & Trade,Labor & Demographic economics

          Comments

          Comment on this article